
Yeaahh ! Besok April Fool ..
'April Fool'. Inilah perkataan yang sering kita dengar pada tanggal 1 Aprilpada setiap tahun. Esok sudah hari isnin di mana 1 April untuk tahun ini akan muncul. Di sebalik 1 April
ada kisah sendiri dimana mereka bukan Islam yang menyambut April Fool. Dan
yang paling menyedihkan, mereka yang beragama Islam turut menyambutnya.
Tolonglah! Sedarlah umat Nabi Muhammad bahawa semua tu akan membawa kita ke arah kejahilan. Dengan
kerjanya menipu orang dan bila orang tu percaya habis-habisan, maka bermulalah
'APRIL FOOL'. Salah ke kita nak bergurau? Dan apa hukumnya dengan
gurauan yang sebegini?
HUKUM MENYAMBUT APRIL FOOL HARAM ! Tapi kenapa ?
Pada abad ke-8 Masihi, Sepanyol merupakan sebuah negara Islam yang maju dan tidak disenangi orang kafir. Bagaimanapun Sepanyol telah jatuh ke tangan tentera Salib yang amat kejam yang membunuh wanita dan kanak-kanak. Satu persatu wilayah Sepanyol ditawan tentera salib sampailah ke wilayah akhir negara tersebut iaitu Granada.
Penduduk Islam terpaksa bersembunyi di dalam rumah. Tentera Salib membuat
penipuan dan mengumumkan penduduk Granada dibenarkan keluar dengan
selamat dan dibenarkan menaiki kapal yang disediakan untuk keluar dari
Sepanyol. Ribuan penduduk Islam pun keluar dari rumah dan berkumpul di pelabuhan. Lalu, tentera salib yang bersembunyi membakar seluruh penempatan Islam termasuk mereka yang masih bersembunyi. Mereka yang berkumpul di pelabuhan tidak dapat berbuat apa-apa. Kapal yang dijanjikan juga dibakar. Apabila mereka dikepung mereka kemudian dibunuh tanpa belas kasihan.
Hanya takbir dan tangisan sahaja kedengaran. Tiada satu pun yang
terselamat. Granada telah menjadi medan darah umat Islam. Sehingga laut berubah menjadi warna
merah darah.
TRAGEDI BERDARAH INI BERLAKU PADA 1 APRIL 1847 M DAN DIKENALI SEBAGAI " THE APRIL FOOL DAY " OLEH GOLONGAN KRISTIAN.
Jadi, kita sebagai umat Islam yang masih dipinjamkan nafas, cuba fikir sejenak. Patut ke kita terikut-ikut dengan April Fool ni?
Mengenakan orang lain dah tertawa. Begitu? Kemudian menyebut dengan bangga dan
gembira "APRIL FOOOOL" di sebalik saudara kita yang tertipu oleh
golongan penipu lagi memang tidak ada dalam kehidupan mereka melainkan penipuan. Kepercayaan tertipu dan menipu orang seperti konspirasi
Illuminati dan sebagainya semakin berleluasa. Wallahu A'alam.