Cara Mengesan Jin Dalam Badan

Assalamualaikum & HyeHye to u , reader (s) ! Yeahhh, harini fiza cuti :'3 actually, doc bgi MC sbab hari selasa lpas, fiza terjatuh kt tsyen then bgkak. Doc ckap "ligamen injuried" :( Sakit woo~ Kaki belah knan niyh susah nk bengkok. Nak bwat cmne kan ?? Allah dah bgi, kte kne tempuhi ujian-Nya dgan pnuh kesabaran & tabah dlam dugaan yg tlah diberikan :') 
 
Actually, boring gile duduk kt rmah niyh -,- mkan, baring, dduk dpan lappy je kejenye xD btw, tu just intro je~ Tdi tgah usha-2 blog sis aimi, ternampak entry pasal jin niyh .. Fiza rase mgkin ade yg da taw kn ?? Tpi, ape salahnya, if fiza nk share dlam blog fiza kn ?? Sharing is caring~~



Mungkin kita semua pernah mengalami perasaan ganjil di mana kadang-kadang kita terlihat bayangan orang di tengah malam. Suara ganjil memanggil kita ketika berseorangan. Bunyi-bunyi pelik dan seumpamanya. Hal ini berkemungkinan berlaku kerana kita tinggal bersama makhluk Allah yang lain iaitu Jin. 
 
Tidak mengapa jika tinggal satu bumbung, tetapi bagaimana pula keadaannya jika mereka tinggal di dalam badan kita? Mungkin kita akan mengalami banyak masalah dan penyakit misteri. Oleh itu adalah penting untuk kita mengesan adakah badan kita ditumpang oleh makhluk ini? Mari sama-sama kita mencuba .

Langkah 1
Play RUQYAH SYARIAH dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.

Langkah 2
Pejamkan mata dan hayati. Jangan ikut bacaan ayat-ayat ini di mulut.

Langkah 3
Perhatikan setelah selesai… Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.

Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan islam yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk.

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN
1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

LA ILAHA ILLALLAH WAH DAHU LAA SYARIKALAH, LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU, WA HUWA ALA KULLI SYAI'IN QADIR. (tidak ada sembahan kecuali Allah, Robb satu-satunya dan tiada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya-lah segala puji, dan dia adalah maha berkuasa atas segala sesuatu)

Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang . Adios~

APRIL FOOL


Assalamualaikum ..
  Yeaahh ! Besok April Fool ..

'April Fool'. Inilah perkataan yang sering kita dengar pada tanggal 1 Aprilpada setiap tahun. Esok sudah hari isnin di mana 1 April untuk tahun ini akan muncul. Di sebalik 1 April ada kisah sendiri dimana mereka bukan Islam yang menyambut April Fool. Dan yang paling menyedihkan, mereka yang beragama Islam turut menyambutnya. Tolonglah! Sedarlah umat Nabi Muhammad bahawa semua tu akan membawa kita ke arah kejahilan. Dengan kerjanya menipu orang dan bila orang tu percaya habis-habisan, maka bermulalah 'APRIL FOOL'. Salah ke kita nak bergurau? Dan apa hukumnya dengan gurauan yang sebegini? 

HUKUM MENYAMBUT APRIL FOOL HARAM ! Tapi kenapa ? 




Pada abad ke-8 Masihi, Sepanyol merupakan sebuah negara Islam yang maju dan tidak disenangi orang kafir. Bagaimanapun Sepanyol telah jatuh ke tangan tentera Salib yang amat kejam yang membunuh wanita dan kanak-kanak. Satu persatu wilayah Sepanyol ditawan tentera salib sampailah ke wilayah akhir negara tersebut iaitu Granada.

Penduduk Islam terpaksa bersembunyi di dalam rumah. Tentera Salib membuat penipuan dan mengumumkan penduduk Granada dibenarkan keluar dengan selamat dan dibenarkan menaiki kapal yang disediakan untuk keluar dari Sepanyol. Ribuan penduduk Islam pun keluar dari rumah dan berkumpul di pelabuhan. Lalu, tentera salib yang bersembunyi membakar seluruh penempatan Islam termasuk mereka yang masih bersembunyi. Mereka yang berkumpul di pelabuhan tidak dapat berbuat apa-apa. Kapal yang dijanjikan juga dibakar. Apabila mereka dikepung mereka kemudian dibunuh tanpa belas kasihan. Hanya takbir dan tangisan sahaja kedengaran. Tiada satu pun yang terselamat. Granada telah menjadi medan darah umat Islam. Sehingga laut berubah menjadi warna merah darah.

TRAGEDI BERDARAH INI BERLAKU PADA 1 APRIL 1847 M DAN DIKENALI SEBAGAI " THE APRIL FOOL DAY " OLEH GOLONGAN KRISTIAN. 

Jadi, kita sebagai umat Islam yang masih dipinjamkan nafas, cuba fikir sejenak. Patut ke kita terikut-ikut dengan April Fool ni? Mengenakan orang lain dah tertawa. Begitu? Kemudian menyebut dengan bangga dan gembira "APRIL FOOOOL" di sebalik saudara kita yang tertipu oleh golongan penipu lagi memang tidak ada dalam kehidupan mereka melainkan  penipuan. Kepercayaan tertipu dan menipu orang seperti konspirasi Illuminati dan sebagainya semakin berleluasa. Wallahu A'alam.
Domo-kun Cute