renungan



 "Wanita meletakkan tangannya pada mulutnya ketika menangis. Dan lelaki pula meletakkan tangannya pada matanya ketika menangis. Seolah-olah mereka tahu dari mana banyak terhasilnya dosa" 

- Dr Khalid Abd Aziz Muhammad Al-Jubair

------------------------------------------------------------------------ 

 Takdir kadang-kadang mempertemukan kita dengan sesuatu yang tidak diundang, memberi apa yang tidak dirancang, memaksa kita kita mengalirkan air mata kesedihan serta membuat kita merasa kehilangan.

Namun, takdir juga menerpa kita dengan erti perkenalan, menyulam erti kasih sayang, menanam erti persahabatan, menghadiahi kemanisan dalam kegembiraan, menyemai benih keakraban serta memberi peluang menilai siapa SAHABAT, siapa KAWAN dan siapa sekadar KENALAN yang mengisi ruang dalam episod kehidupan 

------------------------------------------------------------------------ 

 Nabi Muhammad SAW berkata: Sesungguhnya di atas neraka jahannam itu ada titian sirat yang lebih nipis dari rambut dan lebih tajam dari pedang. Bahagian atasnya menghadap ke syurga iaitu tempat yang licin, daripada kedua-dua sisinya ada besi-besi berpengait serta duri-duri api. Dengan sirat itu, Allah merintangi sesiapa sahaja yang Dia kehendaki daripada para hamba-Nya. Dan orang-orang yang tergelincir pada hari itu sama ada lelaki ataupun perempuan adalah lebih banyak sekali. (HR: Al-Baihaqi) 

------------------------------------------------------------------------ 

 Rasulullah SAW bersabda: "BEruntunglah jika masih ada anak muda pada zaman ini yang meninggalkan hiburan dan keseronokan dunia semata-mata kerana ingin mencari redha dan cinta Ilahi." 

                                                 -Bukhari dan Muslim-

------------------------------------------------------------------------ 



Tiada ulasan:

Domo-kun Cute