APABILA WANITA MUSLIMAH JATUH CINTA


Wanita muslimah jatuh cinta? Hmm pelik ke? Takde yang pelik. Mereka juga adalah manusia. Bukankah cinta itu adalah fitrah manusia? Perasaan suka, sayang dan cinta itu adalah fitrah manusia. Tak salah hendak mencintai orang lain. Tapi! Haruslah diuruskan dengan baik. 

Bagaimana nak uruskan? Mehhh aku nak kongsikan.

Pertama sekali kita kena tengok diri kita kt tahap mana? Wajib kahwinkah? Harus kahwinkah? Sunat kahwinkah? Atau haram kahwin? Fyi, sebaik-baik keadaan adalah harus kahwin.

 Tapi, jika kita jatuh cinta sedangkan kita masih belum berada di tahap sebaiknya kahwin, camne? Apa nak buat? Pada pendapat aku la kan, cakaplah kt diri kau supaya bawa bersabar. Camne nak sabar?Apa nak buat supaya hati ni tak terlalu ikutkan perasaan yg agak lagha ni?

 Sebelum tu, kau kena persiapkan diri dulu. Kau fikir kahwin ni macam main kahwinkan barbie doll ke apa? Kayy joke. Back to our topic. Kau kenalah belajar menjadi seorang isteri yang baik such as bangun awal, belajar kemas rumah, belajar masak, belajar menjahit, belajar jaga adik-adik atau adik saudara dan lain-lain. Bilamana kita dah baik dari sudut pengurusan rumah tangga, barulah kita dah ada persiapan penuh untuk kahwin. Mak ayah pon akan yakin dengan kita.

Kalau suka tengok muka tu dah kira tak jaga mata wehh. Sorry to say lah sis. Bukan apa, kau tak pernah dengar ke ada pepatah mengatakan "dari mata turun ke hati"? Bukan je kau kena mantap dari sudut pengurusan rumah tangga. Tapi, yang paling penting, kau kena pastikan yang kau ada asas agama yang lengkap such as solat 5 waktu cukup, rukun islam mantap, rukun iman lagi mantap, akhlak comel dan diri sentiasa terurus. Mesti tertanya-tanya kan kenapa aku cakap camni? Well, zaman sekarang ni masing-masing nak cari pasangan yang soleh/solehah demi masa depan yang cerah untuk korang sekeluarga. Tak camtu? :)

 Act, point yang aku bagi tu dah betul dah. Tapi, ada point yang lagi menarik yang aku nak share kt korang. Pernah dengar ayat "perempuan yang baik untuk lelaki yang baik"?

Jadi, kalau kita dah bagus dari sudut asas agama, in shaa Allah kita dah lengkap dari sudut kesediaan rohani. Bilamana kita dah bagus, Allah akan utuskan lelaki yang baik untuk kita. Kalau kau and future husband or husband kau punya pengurusan rumah tangga and asas agama kau dah mantap, fuhhh confirm anak korang ikut jejak langkah korang. Anak-anak korang pon berkemungkinan besar akan jadi seorang pencinta agama. Subhanallah, indah kan ada keluarga yang bahagia dan sentiasa dilindungi di bawah keredhaan-Nya? Mohon praktis dari sekarang ye.

Tapi ingat! Jangan sesekali kau berubah sebab nak dapatkan lelaki yang soleh. No no no. Set up balik niat korang supaya berubahlah kerana Allah. Apa nak buat lagi untuk isi kesabaran sementara tunggu diri bersedia nak kahwin? Doa beb. Doakan supaya kau dapat jodoh yang baik. Ohh ya! Jangan sibuk persiapkan diri sangat sampai lupa nak berdoa.

Doa mohon cinta yang baik:

"Ya Allah, hati ini mudah jatuh cinta. Seandainya engkau takdirkan jodoh aku di dunia, maka jadikanlah cinta aku dimiliki oleh lelaki yang soleh mencintaiMu. Sungguh hati ini belum dimiliki. Maka bila tiba saatnya untuk aku jatuh cinta, halalkanlah ia. Pertemukanlah aku dengan lelaki yang soleh. Moga zuriat kami menjadi generasi pembela agama. Sesungguhnya Dikau pemilik cinta teragung."

Haaa tapikan! Camne nak buat kalau ada orang lelaki ajak kita couple? Tup tup, ditakdirkan lelaki yang ajak kita couple tu adalah crush kita. Apa nak buat? Time tu mesti perasaan kau akan 50-50. So, untuk pertama kalinya, kau kena tengok dulu camne dia tawarkan cinta pada kita. Couple kan haram. Cuba fikir. Kenapa lelaki yang baik atau lelaki yang faham agama ni ajak kita buat maksiat a.k.a benda haram? Ni yang aku kurang berkenan sikit. Pasangan couple yang zaman sekarang ni suka buat prinsip yang aku tak suka. Guys, matlamat tak pernah mengahalalkan cara okayy?

Jadi, nak ke kau pilih lelaki yang pura-pura tak faham hukum-hakam agama ni? Agak-agaknya apa jadi kt anak kau kalau kau dengan husband kau bergelumang dalam maksiat? Lelaki yang baik akan muliakan wali kita beb. Kalau betul dia sayang, dia takkan ambil jalan-jalan zina ni. Jadi kena mulakan dengan baiki agama dan akhlak kita sendiri okayy? Baru cunn ^^

Orang selalu tanya. Tapi camne kalau perempuan yang baik dapat lelaki yang jahat? Don't worry la beb. Siapa tahu kisah Nabi Luth dan isteri Nabi Nuh tu patuh pada Allah atau tak? Takkk, mereka ingkar! Jadi, adakah bermakna dapat suami tak baik itu adalah tanda kita tak baik? Sometime, sebenarnya Allah nak uji kita dengan suami tak baik. Tapi, tak bermakna kita tak baik ye?

Jadi, bilamana dapat pasangan yang tak baik, ada 2 hikmah yang Allah nak bagi kt sini. 1st, Allah nak buka jalan dakwah kt kita. Kalau betul caranya, memang akan terbuka pintu hati suami untuk turut sama beriman kepada Allah. 2nd, Allah nak tambahkan keimanan kita. Urusan nikah ni bukan urusan mudah tau! Nak bercinta, haram pulakkk. Nak nikah tak mampu. So, just be patient okayy? Isi dulu cinta tu dengan cinta Allah. Dah sedia, nikahlah :)

Aku tulis berdasarkan pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain. Sesungguhnya, yang baik tu datang dari Allah. Dan yang buruk tu, datang dari diri aku sendiri. Wallahu a'alam.

HIJRAH

Assalamualaikum. Apa khabar para pembaca yang dikasihi? Apa khabar iman hari ini? Ada naik atau tengah turun? Ataupun mendatar? xD

*Semoga Allah memberi kesihatan & mempermudahkan segala urusan korang. di dunia & di akhirat. Semoga sentiasa tersenyum & berlapang dada. Alhamdulillah, semoga Allah memberkati majlis ilmu kita pada malam ini. Basmalah. Tajuk kita pada malam ini ialah “hijrah”.

Berubah (Bahasa Melayu), change (Bahasa Inggeris), taghyir (Bahasa Arab). Tiga perkataan yang berbeza tapi membawa maksud yang sama. Dalam konteks dunia hari ini, ia lebih popular dengan istilah HIJRAH. Apa pula maksud hijrah? Nahh, ulama’ telah memecahkan maksud hijrah kepada tiga pengertian.

Perkataan hijrah berasal dari bahasa Arab yang membawa erti “meninggalkan sesuatu perbuatan” atau “menjauhkan diri dari pergaulan” atau “berpindah dari suatu tempat ke tempat yang lain”. Menurut syariat, hijrah ini mempunyai tiga maksud:

1.       Hijrah dari meninggalkan semua perbuatan yang terlarang oleh Allah. Hijrah ini adalah wajib bagi seluruh umat islam berdasarkan Hadis Nabi S.A.W :

“Orang orang yang berhijrah itu ialah orang yang meninggalkan segala apa yang telah Allah larang daripadanya” – [Riwayat Bukhari dari Abdullah bin Umar R.A]

2.       Hijrah mengasingkan diri dari pergaulan orang orang musyrik atau orang orang kafir yang memfitnahkan orang orang islam atau mempersendakan agama islam.

“Dan sungguh, Allah telah menurunkan kpada kamu di dalam Al-Qur’an bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari & diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk berserta mereka sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik & orang- orang kafir di dalam Jahanam” – [An Nisa’: 140]

3.       Hijrah (berpindah) dari negeri atau daerah orang-orang kafir atau musyrik ke negeri atau daerah orang-orang muslim sekiranya mereka tidak berkuasa atau mampu untuk mengerjakan amal ibadah atau terpaksa melakukan perkara yang terlarang oleh Allah. Ini berdasarkan peristiwa hijrah sahabat-sahabat ke Habsyah & hijrah besar dari Mekah ke Madinah

Bagaimanapun, pada zaman ini, hijrah yang paling besar ialah hijrah meninggalkan laranganNya kepada melaksanakan perintahNya. Dan hijrah inilah yang ingin saya ketengahkan pada usrah kali ini. Ramai orang yang berhijrah selepas bermuhasabah diri terhadap dosa-dosa lalu tetapi ramai juga yang berpatah balik setelah berhijrah.

Antara alasan yang popular, “aku tidak layak untuk jadi baik”, “aku tidak mampu & tidak kuat untuk berubah” & lain-lain. Allah, lemah sungguh pendirian mereka. Tidak kurang juga, ada yang berhijrah tetapi disindir & diperli orang di sekelilingnya lalu berpatah balik. Ruginya! Hanya disebabkan beberapa patah perkataan, kita sudah jatuh tersungkur. Saya bukannya hendak merendahkan sesiapa, tetapi itulah realitinya.

Puncanya adalah hijrah itu bukan hijrah kerana Allah tetapi hijrah kerana manusia iaitu hijrah kerana menginginkan pujian dan perhatian. Sabda Nabi SAW :

“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat & bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah & RasulNya, maka hijrahnya diredhai olehNya. Manakala, barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya kea rah perkara yang ditujuinya itu” – [Riwayat Bukhari & Muslim]

Hijrahnya adalah hijrah tanpa bekalan ilmu. Lalu, Allah uji dengan sedikit ujian, terus goyah & jatuh kecundang. Tidak salah berhijrah tetapi isilah diri dengan pengisian yang berguna supaya dalamannya kental & luarannya hebat. Jika tiada pengisian, hati menjadi kosong & senang dipengaruhi oleh keadaan sekeliling. Akibatnya, hati & diri dijangkiti penyakit FUTUR atau PUTUS ASA.

Rata-rata orang yang berhijrah hanya berhijrah amali (perbuatan) sahaja tetapi pemikiran & ilmunya masih di takuk yang lama. Sebagai contoh, Nur berhijrah & terus mengenakan tudung labuh & jubah labuh tetapi kekurangan ilmu tentang syariat. Dia berpakaian hanya mengikut orang lain. Apabila disindir & dipandang serong, hatinya menjadi resah & tidak tahan atas semua itu lalu terus meninggalkan tudung & jubah labuhnya. Inilah puncanya. Tiada ilmu sebagai perisai iman & perisai diri.

“Bajet soleh/solehah pula kau”
“Sejak bila kau jadi imam muda/ustazah pilihan ini?”
“Macamlah kau itu baik sangat”

Itu hanyalah sebahagian daripada sindiran-sindiran yang bakal dihadapi oleh orang yang berhijrah. Oleh itu, persiapkanlah diri dengan ilmu & pengisian supaya tidak termakan dek kata-kata sindiran. Sungguh jalan yang dipilih ini bukanlah jalan untuk bersenang-lenang. Sesiapa yang memilih jalan ini, bersiap sedialah untuk menghadapi mehnah & tribulasi yang tidak mampu dijangka & dibayangkan.



Kadangkala, tribulasi itu datang dari keluarga sendiri, kawan-kawan dan orang di sekeliling kita. Contohnya, keluarga tidak menerima penghijrahan pada diri, sahabat menghina & menyindir & masyarakat memandang serong. Pelbagai ujian yang Allah aturkan. Jika kita kuat menghadapinya, pasti kita akan terus istiqamah. Jika lemah, pasti future. Amat rugilah bagi yang telah menemui jalan yang betul tetapi berpatah balik dek kerana ujian daripada Allah. Bukankah kalau Allah sayang kepada hambaNya, allah akan uji hamba yang disayangi itu? لا تخف ولا تحزن، إن الله معنا.

Yang paling penting, pastikan hubungan dengan Allah tidak terputus kerana untuk berubah & berhijrah, ia memerluka kekuatan. Jadi, pastikan hubungan itu kuat & mintalah kepada Yang Maha Kuat. Jaga ‘talian’ yang menghubungkan kita dengan Dia iaitu solat. Merintihlah di malam hari & mintalah di dalam tahajjud. Pasti Dia perkenankan :’)

Teruskan usaha untuk berubah & berhijrah. Teruskan berjalan wahai hati-hati yang disapa hidayahNya. Jangan pernah menyesal kerana memilih jalan hijrah ini. Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya yang benar. Bermujahadalah walauapun sukar. Sungguh! Mujahadah itu pahit kerana syurga itu tersangatlah manis. Kadangkala langkah kita akan tersungkur. Sakit atau tidak, itu belakang cerita. Bangkit balik & berjalanlah semula. Nak takut apa? Allah kan ada. Jangan risau, Allah sentiasa bersamamu ^^

KakYongLegend.
03072015.
2239hrs.
Domo-kun Cute