SAHABAT







Assalamualaikum  ..

Sekarang, aku nak share something dari seorang hakak blogger muslimah. Lewls, bajet gila kau kakyong. Siap nak share benda islamik bagai. Well, manusia tak lari dari buat kesilapan. Tak salah kot aku nak saling mengingatkan antara satu sama lain kann? Kayy, bajet sangat ayat -,- Hakak blogger muslimah yang aku maksudkan ialah Kak Waniey Mahassan.

Selalu sangat kita dengar orang yang berbackgroundkan islamik ataupun orang yang bukan berbackgroundkan islamik, suka sebut perkataan 'ukhuwah fillah'. Kau, kau, kau dan kau! Kau tahu maksudnya apa? Alale, tak payahlah tanya-tanya bagai ni. Straight cakap je boleh tak? Kayy, malas nak gaduh. Buat pengetahuan korang semua, maksudnya adalah bersaudara kerana Allah.

Maksud ukhuwah fillah ni BUKAN ditujukan kt buayafriend/gelifriend korang kayy! Please jangan rosakkan matlamat islam dengan cara yang Allah tak redha. Ada je budak zaman sekarang ni yang 'couple islamik' kononnya, akan cakap kt pasangan dorg 'uhibbuki/uhibbuka fillah'. Eww, please kayy please. Perlu ke aku ulang bahawa jangan rosakkan matlamat islam dengan cara yang Allah tak redha? Haishhh, matlamat tak menghalalkan cara la, bro. So, berbalik kt tajuk asal kita. Bila bercakap soal ukhuwah mesti ada sesetengah pihak akan teringat dekat sahabat memasing kan?



Beruntunglah siapa yang ada sahabat sejati yang saling mengingatkan antara satu sama lain .. Kenapa aku cakap camni? Sebab aku taw, agak susah nak cari sahabat yang betul-betul sejati. Kadangkala, bila kita rasa si A ni faham kita, taw pasal kita dan caring pasal kita, mesti akan timbulnya satu perasaan iaitu "mungkin dia sahabat yang aku cari selama ini". Tapi, apa kau rasa bila si A tu sebenarnya musuh dalam selimut?

"pehhh sakit bhaii"
"bapak diaaa, aku percaya dia mati hidup kot"
"lebih sakit daripada kena rotan dgn mak ayah aku ahhh"

Dan 1001 komen yang pelbagai. Semua orang tahu, sahabat sejati ni sanggup korbankan apa saja untuk kita. Dari sekecil-kecil bantuan hinggalah sebesar-besar bantuan. Nak ayat lagi sweet, susah senang kita share sesama. Antara ciri sahabat yang kau dah jumpa atau akan jumpa adalah dia terima diri kau seadanya, dia berkawan dengan kau seikhlasnya dan dia cuba bagi yang terbaik untuk kita.

Tapi, kalau kau nak taw la kan, ada satu lagi ciri yang melayakkan dia di gelar 'Sahabat Sejati'. Bagi aku ni memang super duper sejati lah, bro. You know what? Dia akan cuba bimbing kau  kembali ke jalan-Nya, dia akan tegur bila kau buat benda yang bercanggah dengan agama, dia share segala ilmu baik dengan kita. Kau taw kenapa dia sanggup buat semua tu? Tu semua demi nak ajak kau masuk syurga sama-sama dengan dia taw. Yelah, setiap manusia tak lari dari buat silap. Kita bukannya maksum pon kan? Yang aku baru sebutkan tadi tu, baru namanya 'ukhuwah fillah ilal jannah'. Walaupun dia tahu dengan tegurannya mampu buat orang terluka, sekurang-kurangnya dia mencuba. Ini semua sebab dia tak nak kau menderita!

Haa, yang tu baru super duper sejati. Tapi, tak bermakna yang tak tegur tu tak sejati. Tak baik su'udzon (bersangka buruk) taw. Mungkin dia hanya mampu tegur kau dengan serendah-serendah iman iaitu melalui hati. Tepuk dada, tanya iman. Setiap orang berbeza pandangan.. Ini cuma pendapat yang aku boleh simpulkan. Siapa yang setuju, alhamdulillah.

Aku minta, tolonglah jauhkan hati dari sikap su'udzon tu. Terkadang kita mungkin terasa dengan dia. Tapi kalau iman dapat terima apa yang diucapkannya, In shaa Allah persahabatan tu akan kekal lama. Sama-sama lah mendoakan antara satu sama lain ye? Semoga kau sentiasa berlapang dada dengannya yang kau gelar sebagai 'SAHABAT'. Tapi benarlah kata orang, mencari sahabat sejati seperti mencari sebutir permata di balik timbunan kekaca. Allah .. Payahkan? Mungkin dia satu dalam seribu.


Wallahua'lam. Harini mungkin dia ada. Esok-esok pula bagaimana? Satu je aku nak pesan, hargai dirinya sebelum dia pergi bertemu kekasih abadi :'))


Tiada ulasan:

Domo-kun Cute