UHIBBUKUM FILLAH




Assalamualaikum ..

Sekarang, aku nak share something dari blogger favourite aku. Tak lain tak bukan, Kak Waniey Mahassan. Aku harap para pembaca baca perkongsian aku ni dengan tenang. Jangan emosi sangat ye? Keep calm and said basmalah.

Caption : 

" Ana Uhibbuki Fillah Ya Ukhti "
" Ana Uhibbuka Fillah Ya Akhi "


Astaghfirullah, kata-kata 'UHIBBUKI/UHIBBUKA FILLAH' sudah disalahgunakan! Rata-rata manusia, tahu tak apa maknanya? Maksudnya ialah  'sayang awak kerana Allah'. Bila anak adam kurang pengetahuan agama, jadi macam ni lah akhirnya. Sorry to say ye. Kalau ye pon nak berkasih sayang kerana Allah, perlu ada cara dan adabnya bukan hentam buta-buta.

Nak ucap uhibbuka/uhibbuki fillah, selepas nikahlah.Tapi ramai yang kata:

                      "Macam mana nak berkasih sayang lepas nikah? cinta pun tak ada ."

Bila mana semua niat kita ikhlas kerana Allah, Allah akan campakkan rasa kasih dan cinta dalam hati kau. Mencintai seseorang tu memang hak kau. Yes, aku tak nafikannya. Tapi mencintai seseorang yang berhak ke atas kau menjadi kewajipan kau.


Selesai je ijab kabul, barulah boleh untuk kau 'sayang dia kerana Allah'. Kat situ dah bermula segalanya. Masa tu kau nak ucap uhibbuki/uhibbuka fillah sebanyak mana sampai kau tidur pon, akan dapat pahala. Berbeza dengan ambil gambar berdua, letak caption 'sayang kamu selamanya' dan sebagainya. Yang itu mungkin sudah biasa. Yang pelik bin ajaibnya, belum apa-apa lagi dah letak 'kerana Allah'? Tu tak cerita lagi yang selalu tulis 'doakan kami kekal hingga ke Jannah'. Mungkin kau silap tulis kot. Kalau dengan gaya dan cara kau yang macam tu je, belum tentu kau boleh masuk Jannah yang paling rendah.

Aku nak minta korang cuba take serius sikit pasal ni kayy. Korang jangan salah konsep pulakk. Cuba kau fikir, layakkah kita nak ucap tu semua tanpa ikatan yang diredhai-Nya? Adakah Allah redha dengan apa yang kau cuba lakukan tu? Kau ada pernah terfikir yang Allah murka tak agaknya dengan apa yang kau dah buat ni? Patutlah hubungan kau dengan ex-ex tak kekal lama. Awal-awal lagi dah banyak khilafnya. Cuba muhasabah diri balik. Benda ni penting! Serius aku cakap. Allah sangat sedih bila ada hamba-Nya menyalahgunakan niat mereka kerana Allah.

Tak rasa kesian ke dekat bakal suami mahupun isteri kau? Ucapan yang sepatutnya kita luahkan hanya untuk yang halal untuk kita tu, dah pun kita luahkan dekat insan yang kita sendiri tak pasti yang dia (ex) adalah jodoh kita, dekat insan yang tak boleh jamin sama-sama sehidup semati. 1 je aku minta, jaga hubungan dengan Allah dulu, baru Allah hadiahkan someone yang akan jaga hubungan kita dengan baik. Jangan risau, sepertimana firman Allah dalam Surah An-Nur ayat 26: Perempuan baik untuk lelaki baik, lelaki baik untuk perempuan baik.

Takut 'bakal imam/bakal makmum kau' tak datang? Kalau bukan di dunia, Allah akan mempertemukan korang di akhirat sana. Masa itu tetap hadir dengan izin-Nya. Usah dikutip lagi serpihan kaca. Sabarlah sehingga kau menemukan sebutir permata. Cinta itu indah bila tiba masa dan haknya. Aku sekadar berkongsi. Tak salah kan aku saling mengingati? Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk datang dari diri aku sendiri.

Tiada ulasan:

Domo-kun Cute